Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum sobat, kali ini saya akan meng-share sesuatu yg 'Insya Allah' bisa membuka hati kita semua.. Tidak lain adalah "Pesan Rasulullah SAW terhadap umatnya di akhir zaman"
_______________________________________________________________________
Wahai
manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun
ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah
ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai
manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya
yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak
menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui
Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan
riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah
sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara
kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap
Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau
Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang
telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti
kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah
Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang
lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku
sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
_________________________________________________________________________
Semoga bermanfaat bagi sobat semua :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar