Kalian tahu apa itu Hajar Aswad, sobat?
![]() |
Hajar Aswad (Batu Hitam) |
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi
Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu
yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu
yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-
tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan
segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira
melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi
Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"
Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku
dan cucumu (Jibril)."
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang
Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang
bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin
berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan
memberikan isyarat lambaian tangan saja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat
dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti
terdapat sekarang. Wallahu a'alam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad
itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana,
Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium
Hajar Aswad supaya tidak menyekutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah
Suci Mekah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar